al? ?(18)? ?? ?? ????1?? ?????Koi Fish Windows? ????? ?? ???Rating: 0.0 (0 Ratings)??498 Grabs Today. 621
Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account and go to "Manage Layout" from BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, January 27, 2010

IBU TAULADAN

ASMA' BINTI ABU BAKAR AS SIDDIQ (DZATUN NITHAQAIN)


Ya Allah! Kasihanilah dia kerana solat yang panjang diselangi tangisan di tengah kedinginan malam yang sepi, ketika orang-orang lain sedang nyenyak dibuai mimpi. Ya Allah! Kasihanilah dia yang sering menahan lapar dan dahaga ketika bertugas jauh dari Madinah atau Mekah dalam menunaikan ibadah puasa kepadaMu. Ya Allah! Aku menyerahkannya di bawah pemeliharaanMu, aku redha dengan apa yang telah Engkau tetapkan bagiku dan baginya, dan berilah kami pahala orang-orang yang sabar...!" [ Doa Asma' radhiallahu anha buat puteranya, Abdullah bin Zubair]

Asma' binti Abu Bakar As-Siddiq, merupakan saudara kepada Aisyah Ummul Mukminin (isteri Rasulullah SAW) puteri kepada sahabat Rasulullah yang mulia, iaitu Saidina Abu Bakar As-Siddiq; isteri Zubair bin Awwam, pejuang dan tokoh Islam yang mengutamakan keredhaan Allah di dalam perjuangannya. Beliau merupakan seorang wanita muhajir yang mulia dan bonda kepada Abdullah bin Zubair, salah seorang pejuang yang gugur dalam mempertahankan agamanya yakni Islam dan sesungguhnya kedudukannya ini cukup untuk mengangkat darjat beliau ke tempat yang tinggi, mulia dan terpuji. Peribadinya dirahmati Allah SWT dengan keistimewaan yang sangat menonjol, setanding dengan para Muslimin di ketika itu yang cerdas, cerdik, lincah, pemurah dan berani.

Kedermawanan beliau dapat dilihat jelas melalui ucapan anaknya," Aku belum pernah melihat wanita yang sangat pemurah melebihi ibuku termasuk Aisyah Radhiallahu anha. Beliau (Aisyah) mengumpulkan apa yang diperolehinya sedikit demi sedikit, lantas setelah itu barulah dinafkahkannya kepada mereka yang memerlukannya. Sedangkan ibuku, dia tidak pernah menyimpan sedikit pun sehingga hari esok".


KEBIJAKSANAAN DZATUN NITHAQAIN


Kecerdikan akal dan kematangan berfikir Asma Radhiallahu anha terpancar dari sikapnya yang penuh prihatin dan bijaksana itu. Peristiwa Hijrah Abu Bakar menyaksikan pengorbanan seorang sahabat demi Islam, tidak meninggalkan satu sen pun harta untuk keluarganya melainkan dibelanjakan keseluruhannya untuk Allah SWT dan Rasul-Nya. Ketika Abu Quhafah (ayah kepada Abu Bakar radhiallahu anhu) yang masih musyrik menemui keluarganya, beliau berkata kepada Asma',


"Demi Allah! Tentu ayahmu telah mengecewakanmu dengan hartanya, di samping akan menyusahkanmu dengan pemergiannya!". Jawab wanita yang mulia ini, "Tidak wahai datuk! sekali-kali tidak! Beliau banyak meninggalkan wang buat kami" ujarnya sambil menghibur dan menenangkan datuknya. Dikumpulkannya batu-batu kerikil yang kemudiannya dimasukkan ke dalam lubang tempat kebiasaannya menyimpan wang. Kemudian dibawakan datuknya yang buta itu ke tempat simpanan tersebut, lantas berkata, "Lihatlah datukku! Beliau banyak meninggalkan wang buat kami!".

Perkataan tersebut ternyata berjaya meyakinkan Abu Quhafah. Maksud perbuatan tersebut adalah untuk menyenangkan hati datuknya, agar tidak bersusah hati memikirkan hal tersebut. Malah, Asma' juga tidak menginginkan bantuan dari orang musyrik meskipun datuknya sendiri. Inilah bukti yang menunjukkan besarnya perhatian beliau terhadap dakwah dan kepentingan kaum Muslimin.

Beliau diberikan jolokan sebagai 'dzatun nithaqain' oleh Rasulullah SAW membawa erti "wanita yang mempunyai dua tali pinggang", sebagai peringatan terhadap peristiwa Hijrah yang menyaksikan pengorbanan dan keberanian Asma' yang tiada tolok bandingannya. Beliau bersusah payah menyediakan bekalan makanan dan minuman untuk Rasulullah dan Abu Bakar Radhiallahu anhu di saat genting seperti itu. Beliau mengoyakkan ikat pinggangnya kepada dua untuk dijadikan tali pengikat untuk mengikat bekalan makanan dan minuman tersebut, sehingga kerana peristiwa itu Rasulullah mendoakan beliau agar digantikan tali pinggang tersebut dengan yang lebih baik dan lebih indah di syurga kelak.

Tidak hanya itu sahaja pengorbanan Asma Radhiallahu anha, malah peristiwa hijrah ini turut menyaksikan kekuatan berfikir dan perancangan strategi yang dimiliki oleh seorang Muslimah hasil dari aktiviti politik dan kecerdikan akal yang berlandaskan ketaqwaan dan keimanan yang teguh kepada Allah SWT. Asma' Radhiallahu anha bukan sekadar menjadi penghantar makanan kepada dua orang sahabat yang berperanan penting bagi umat Islam sahaja, malah beliau juga menyampaikan berita-berita penting tentang rencana-rencana pihak musuh terhadap kaum Muslimin. Dengan kehamilannya ketika itu, Asma' mengambil peranan yang menjanjikan risiko tinggi, di mana bukan sahaja nyawanya menjadi taruhan, malah lebih dari itu, nyawa Rasulullah SAW dan ayahnya juga turut sama terancam. Memikirkan kemarahan musuh Islam lantaran kejayaan Rasulullah SAW keluar dari perangkap kafir Quraisy. Di saat-saat genting seperti itu, Asma' mampu meramal segala kemungkinan yang bakal berlaku, dan dengan kecerdikan dan kebijaksanaan, beliau berjalan menuju ke Gua Tsur sambil menggembala kambing-kambingnya. Taktik ini dilakukan untuk mengaburi mata pihak musuh kerana jejaknya terhapus oleh jejak-jejak kambing gembalaannya itu. Tindakan ini belum tentu mampu dilakukan oleh seorang lelaki yang berani sekalipun, hal tersebut bakal mengundang bahaya, kezaliman, dan kekejaman orang-orang kafir Quraisy terhadapnya.

Hijrah Asma' Radhiallahu anha dan suaminya ke Madinah berlaku selang beberapa lama dari hijrah sebelumnya, di mana pada ketika itu Asma' sedang sarat mengandungkan Abdullah bin Zubair dan hanya menanti detik-detik kelahirannya. Perjalanan yang jauh dan berbahaya itu ditempuhi jua sehinggalah angkatan para sahabat tiba di Quba'. Kelahiran anak pasangan sahabat ini disambut dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan. Dialah bayi pertama yang dilahirkan di Madinah.


SEBAIK-BAIK UMMU WA RABBATUL BAIT


Asma’ Radiallahu anha merupakan seorang muhajirah yang agung, beliau antara wanita yang awal memeluk Islam dan sangat memuliakan suaminya meskipun Zubair hanya seorang pemuda miskin yang tidak mampu menyediakan pembantu buatnya. Sekalipun tidak mempunyai harta yang dapat memberi keselesaan kehidupan keluarganya, melainkan hanya seekor kuda yang dijaganya dengan baik. Beliaulah isteri yang sentiasa sabar dan setia berkhidmat untuk suaminya, sanggup bekerja keras merawat dan menumbuk sendiri biji kurma untuk makanan kuda suaminya di saat Zubair sibuk menjalankan tugas-tugas yang diperintah Rasulullah SAW kepadanya.

Text Box: " Aku belum pernah melihat wanita yang sangat pemurah melebihi ibuku termasuk Aisyah Radhiallahu anha. Beliau (Aisyah) mengumpulkan apa yang diperolehinya sedikit demi sedikit, lantas setelah itu barulah dinafkahkannya kepada mereka yang memerlukannya. Sedangkan ibuku, dia tidak pernah menyimpan sedikit pun sehingga hari esok".Setiap apa yang dilakukan oleh Asma’ untuk suami dan anaknya merupakan didikan yang sebenar-benarnya. Keperibadian melalui tarbiah itu terbentuk hasil perkongsian hidupnya dengan suami. Asma’ bukan sahaja seorang isteri yang solehah, malah seorang isteri yang bijak dalam mendidik dan menjadi tauladan kepada keluarga dan orang Islam lain. Beliau merupakan seorang ibu yang sangat memahami peranannya dalam melahirkan generasi utama yang berkualiti, generasi yang melahirkan kecintaan kepada Allah SWT dan RasulNya di atas segala-galanya, sama ada harta, isteri, keluarga mahupun segala jenis kemewahan dunia. Keperibadian seperti ini terpancar jelas di dalam diri puteranya, Abdullah bin Zubair. Hal ini dapat kita teladani melalui kisah pertemuan terakhir di antara seorang ibu dan anak yang saling menyayangi dan mencintai satu sama lain, semata-mata kerana kecintaan keduanya kepada Allah Subhanahu wa Taala dan RasulNya.

0 comments: